Wednesday, November 9, 2022

Analisis karya seni tempatan dan barat

 

  Karya Seni Pelukis Tempatan


Nama karya seni: Memori Kuala Lumpur

Nama pelukis: Ismail Baba

Tahun: 2011

Tema: Keindahan Kuala Lumpur

 

Penerapan matlamat ke-11 :

A) Sasaran “Pembandaran yang inklusif dan mampan.”

Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka merupakan mercu tanda Malaysia. Karya ini telah menunjukkan hubungan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang positif antara kawasan bandar. Karya ini telah menunjukkan sistem perbandaran, bangunan tinggi dan kotaraya yang maju. Pembangunan ini telah membawa peluang pekerjaan kepada rakyat dan justerus itu menyumbang kepada ekonomi.

 

B) Sasaran “Sistem pengangkutan yang berpatutan dan mampan”

Karya ini telah menunjukkan sistem pengangkutan yang matang di Kuala Lumpur sepertibas, kereta, monorel, LRT dan MRT. Ini telah memberikan kemudahan kepada orang ramai.

 

C) Sasaran “Perumahan yang selamat dan berpatutan”

Karya ini telah menunjukkan perumahan dan perkhidmatan asas yang mencukupi, selamat dan mampu milik di kota raya.

 

D) Sasaran “Melindungi warisan budaya dan semula jadi dunia”

Karya ini telah menunjukkan Tokong Cina, tarian singa, Batu Caves yang merupakan lambang sesuatu bangsa dan agama. Ini memberi kesedaran kepada kita untuk menghormati budaya dan adat resam dalam kehidupan masyarakat. Selain itu, karya ini juga menunjukkan pelbagai kaum berniaga dan hidup harmoni. Ini juga mengingatkan kita supaya hidup bersatu padu walaupun berlainan bangsa, agama dan kaum.

 

E) Sasaran “Menyediakan akses ke ruang hijau dan awam yang selamat dan inklusif”

Dalam karya ini terdapat taman reakreasi, tasik, penanaman pokok yang banyak yang memenuhi sasaran menyediakan ruang awam atau ruang hijau yang selamat dan inklusif.

Ini memberi kemudahan kepada rakyat untuk menjalankan aktiviti rekreasi di taman permainan dan kolam renang. Sasaran ini juga dapat bangkitkan semangat kesedaran, tanggungjawab, menjaga dan pemuliharaan persekitaran.



Nama karya seni: Oil Pastel Art

Nama pelukis: Yoon Soh

Sumber:  https://www.pinterest.com/pin/1970393578068905/

Tema: Warisan budaya dan kemajuan Malaysia

 

Penerapan matlamat ke-11:

A) Sasaran “Melindungi warisan budaya dan semula jadi dunia”

Karya ini telah melukis tentang alat muzik tradisional, pakaian tradisional, tarian tradisional dan permainan tradisional seperti tarian singa dan wau. Kesemua ini merupakan lambang kepada sesuatu kaum, bangsa dan agama. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, kita haruslah saling hormat-menghormati serta peka terhadap amalan dan adat resam pelbagai kaum.

Budaya dan adat resam merupakan warisan dan khazanah yang perlu dihargai, dijaga, dikekalkan, dan dimajukan. Kita haruslah mendidik masyarakat untuk melindungi dan memulihara warisan supaya warisan tidak pupus. Selain itu, bunga kebangsaan dan Jalur Gemilang juga merupakan lambang negara. Gaya tangan yang menunjukkan “1 Malaysia” mengingatkan kita supaya hidup bersatu padu dan harmoni. Ini amat penting untuk mewujudkan masyarakat yang aman damai. 


B) Sasaran “Sistem pengangkutan yang berpatutan dan mampan”

Karya ini telah melukis sistem pengangkutan yang maju seperti LRT, MRT dan lapangan terbang. Ini telah memberi kemudahan kepada orang ramai dan menunjukkan kemajuan teknologi dalam sistem pengangkutan.

 

C) Sasaran “Perancangan pembangunan nasional dan wilayah yang kuat”

Karya ini telah melukis Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka yang merupakan mercu tanda Malaysia. Ini menunjukkan perbandaran dan kemajuan dari segi teknologi, struktur pembangunan dan seni bina. Kemajuan dan pembangunan yang pesat menunjukkan Malaysia sebuah negara yang maju.


Nama karya seni: We rise higher when we work together

Nama pelukis: Loka Made (Abdul Rahman & Siti Nurzehan83)

Sumber:  https://www.pinterest.com/pin/533043305909948179/

Tema: Kehidupan di kota raya

 

Penerapan matlamat ke-11:

A) Perumahan yang selamat dan berpatutan

Kerajaan telah menyediakan perumahan mampu milik dan selamat seperti rumah kedai tradisional dan condominium yang dilukis dalam karya ini. Perumahan dalam karya ini telah menunjukkan persekitaran yang harmoni , baik dan selesa.

 

B) Sistem pengangkutan yang berpatutan dan mampan

Kerajaan telah bertungkus lumus untuk membangunkan sistem pengangkutan seperti LRT, MRT, bas, jalan raya, kereta dan lain-lain. Ini telah memberi kemudahan kepada orang ramai. Tambahan pula, karya ini telah melukis tentang bas pelancongan yang bernama “Kl Hop On Hop Off”, ini menunjukkan Kuala Lumpur mempunyai banyak pelancong dan bidang pelancongan telah menyumbang kepada ekonomi.

 

C) Pembandaran yang inklusif dan mampan

Karya ini telah menunjukkan mercu tanda Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Maybank, Times Square, Menara Kuala Lumpur, Pavillion, Starhill, Masjid Negara dan lain-lain. Selain itu, karya ini telah melukis tentang Menara Merdeka 118 setinggi 678.9m yang merupakan mercu tanda baharu Malaysia. Bangunan tinggi, kemajuan kotaraya, pusat membeli belah telah menunjukkan kemajuan Kuala Lumpur. Tambahan pula, karya ini juga melukis tentang teknologi yang canggih seperti drone yang mengibarkan Jalur Gemilang, MRT dan LRT.

 

D) Melindungi warisan budaya dan semula jadi dunia

Kehidupan di kawasan pekan dalam karya ini telah menunujukkan budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Struktur pembangunan tradisional dan seni bina yang unik seperti papan tanda nama kedai yang pelbagai bahasa dan bereka bentuk tradisional. Tambahan pula, karya ini juga melukis tentang kedai mamak, motosikal menjual roti, makanan tradisional iaitu rojak mee dan cendol. Makanan tradisonal ini diterima dan disukai oleh pelbagai kaum. Selain itu, gerai menjual gelung bunga bersembahyang bagi penganut Hindu dan pemakaian pakaian tradisional dalam karya ini juga merupakan budaya tempatan yang harus dilindungi dan dikekalkan.

 

E) Perancangan pembangunan nasional dan wilayah yang kuat

Karya ini telah memenuhi sasaran SDG-11 iaitu pembangunan dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar. Karya ini melukis tentang pelbagai pekerjaan rakyat Malaysia seperti pekerja Grabfood, pekerja Foodpanda, penjaja, peniaga dan lain-lain. Pembangunan yang pesat dalam ekonomi telah memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

 Karya ini juga melukis tentang pelajar yang memakai unform sekolah menunjukkan Malaysia ialah sebuah negara yang mengutamakan Pendidikan. Dengan pendidikan, maka wujudlah masyarakat makmur dan berdaya maju. Kehidupan pelbagai kaum dalam masyarakat telah menunjukkan cara kehidupan ke arah satu peralihan sosio-ekonomi masyarakat yang aman damai. Rakyat hidup gembira dan bersatu padu walaupun berlainan bangsa, agama dan kaum.


Karya Seni Pelukis Luar Negara


Nama karya seni: Escape from the Everyday with Park West's New Summer Sale

Nama pelukis: Deborah Mbayabu

Sumber:  https://www.pinterest.com/pin/68468856826968147/?mt=login

Tema: Keindahan dan kemakmuran kota tepi laut

 

Penerapan matlamat ke-11 :

A) Perumahan yang selamat dan berpatutan

Karya ini telah menunjukkan penempatan manusia serta perumahan mampu milik dan selamat yang mencapai sasaran SDG-11.

 

B) Sistem pengangkutan yang berpatutan dan mampan

Karya ini melukis tentang sistem pengangkutan yang matang seperti keretapi, basikal, motosikal, bas, kapal, perahu layar, kereta, menaiki kuda. Pelbagai jenis pengangkutan telah memberi kemudahan kepada orang ramai. Selain itu, laluan pejalan kaki, jalan raya dan landasan keretapi disediakan mencapai sasaran SDG-11.

 

C) Pembandaran yang inklusif dan mampan

Karya ini telah melukis tentang kedai, rumah dan perbandaran. Ini telah menunjukkan kemajuan dan pembangunan sebuah kota tepi laut yang pesat. Contohnya kemajuan ekonomi seperti kapal besar dan jeti dalam bidang logistik dan pelbagai aktiviti perniagaan telah menyumbang kepada ekonomi setempat dan memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.

 

D) Melindungi warisan budaya dan semula jadi dunia

Keindahan semula jadi dalam karya ini boleh menjadikan seseorang peka terhadap persekitaran ,berupaya merasai dan menghayati sesuatu perkara. Keindahan semula jadi merupakan warisan dan khazanah yang perlu dihargai.Karya ini memenuhi sasaran SDG-11 ke arah membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab kepada persekitaran.

 

E) Menyediakan akses ke ruang hijau dan awam yang selamat dan inklusif

Karya ini melukis tentang kehidupan kota tepi laut dengan persekitaran yang harmoni dan selesa. Ruang hijau dengan penanam pokok dan bunga-bungaan di kawasan bandar telah disediakan. Ini penting untuk penduduk menjalankan aktiviti rekreasi seperti bersiar-siar bersama haiwan peliharaan dan berbasikal. Persekitaran yang sihat sangat penting kerana persekitaran yang sihat melahirkan insan yang bermoral dan berfikiran positif. Kita haruslah berusaha untuk memelihara keindahan semula jadi supaya bebas daripada pencemaran.



Nama karya seni: Naive Painting

Nama pelukis: Naive Art Painting

Sumber:  https://www.pinterest.com/pin/2674081007708451/?mt=login

Tema: Keindahan dan kemajuan kota tepi laut


Penerapan matlamat ke-11:

A) Sistem pengangkutan yang berpatutan dan mampan

Sistem pengangkutan seperti jalan raya dan kereta telah disediakan. Ini telah memenuhi sasaran untuk akses kepada sistem pengangkutan yang selamat, mampu milik, mudah diakses dan mampan untuk semua orang.

 

B) Pembandaran yang inklusif dan mampan

Karya ini melukis tentang sebuah kota tepi laut yang makmur dan berdaya maju. Ciri-cirinya seperti bangunan tinggi, sistem perbandaran, kemajuan teknologi dan pembangunan dalam pelbagai aspek. Pembandaran yang inklusif dan mampan telah memberi kemudahan dan peluang pekerjaan kepada penduduk, justeru itu menyumbang kepada ekonomi.


C) Perumahan yang selamat dan berpatutan

Karya ini melukis tentang condominium dan bangunan tinggi telah menunjukkan penempatan manusia yang selamat dan kukuh serta perumahan mampu milik.

 

D) Menyediakan akses ke ruang hijau dan awam yang selamat dan inklusif

Karya ini melukis tentang aktiviti rekreasi yang dijalankan oleh penduduk seperti melukis, berenang, berlayar, berkayak dan bersiar-siar. Ruang hijau yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan mewujudkan persekitaran yang selesa dan sihat. Alam semula jadi merupakan warisan dan khazanah yang perlu dihargai, dijaga, dikekalkan, dan dimajukan. Jadi, didikan masyarakat untuk melindungi dan memulihara alam semula jadi adalah sangat penting.  



Nama karya seni: Chicago River

Nama pelukis: Eric Dowdle

Sumber:  https://www.pinterest.com/pin/26810560267420052/

Tema: Keindahan dan kemajuan Chicago River

 

Penerapan matlamat ke-11:

A) Pembandaran yang inklusif dan mampan

Karya ini telah memenuhi sasaran dalam menyediakan bandar dengan pembangunan dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar. Ini juga merupakan sebuah karya yang berjaya menggambarkan kehidupan bandar serta suasana di tepi sungai. Pembangunan yang pesat seperti bangunan tinggi, kemajuan dari segi teknologi dan ekonomi menyumbangkan kepada pembandaran yang inklusif dan mampan.

 

B) Menyediakan akses ke ruang hijau dan awam yang selamat dan inklusif

Karya ini melukis tentang keindahan flora dan fauna di Chicago River. Ini penting untuk menjadikan seseorang peka terhadap persekitaran, berupaya merasai dan menghayati sesuatu perkara. Selain itu, dengan mencapai sasaran SDG-11 dapat membangkitkan semangat kesedaran dan tanggungjawab dalam menjaga dan pemuliharaan persekitaran.

 

C) Perumahan yang selamat dan berpatutan

Perumahan seperti condominium dalam karya ini menunjukkan penempatan manusia yang selamat dan selesa.

 

D) Sistem pengangkutan yang berpatutan dan mampan

Sistem pengangkutan yang maju seperti jambatan,  jalan raya, kereta, bas, van, lori dan kapal pelancongan telah memberi kemudahan kepada penduduk.








Analisis karya seni tempatan dan barat

    Karya Seni Pelukis Tempatan Nama karya seni: Memori Kuala Lumpur Nama pelukis: Ismail Baba Tahun: 2011 Sumber:  https://m.facebook.com/r...