Karya Seni
Pelukis Tempatan
Nama karya seni: Memori Kuala Lumpur
Nama pelukis: Ismail Baba
Tahun: 2011
Tema: Keindahan Kuala Lumpur
Penerapan matlamat ke-11 :
A) Sasaran “Pembandaran yang inklusif dan mampan.”
Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka merupakan mercu tanda Malaysia. Karya ini telah menunjukkan hubungan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang positif antara kawasan bandar. Karya ini telah menunjukkan sistem perbandaran, bangunan tinggi dan kotaraya yang maju. Pembangunan ini telah membawa peluang pekerjaan kepada rakyat dan justerus itu menyumbang kepada ekonomi.
B) Sasaran “Sistem pengangkutan yang berpatutan dan mampan”
Karya ini telah menunjukkan sistem pengangkutan yang matang di Kuala Lumpur sepertibas, kereta, monorel, LRT dan MRT. Ini telah memberikan kemudahan kepada orang ramai.
C) Sasaran “Perumahan yang selamat dan berpatutan”
Karya ini telah menunjukkan perumahan dan perkhidmatan asas yang mencukupi, selamat dan mampu milik di kota raya.
D) Sasaran “Melindungi warisan budaya dan semula jadi dunia”
Karya ini telah menunjukkan Tokong Cina, tarian singa, Batu Caves yang merupakan lambang sesuatu bangsa dan agama. Ini memberi kesedaran kepada kita untuk menghormati budaya dan adat resam dalam kehidupan masyarakat. Selain itu, karya ini juga menunjukkan pelbagai kaum berniaga dan hidup harmoni. Ini juga mengingatkan kita supaya hidup bersatu padu walaupun berlainan bangsa, agama dan kaum.
E) Sasaran “Menyediakan akses ke ruang hijau dan awam yang selamat dan inklusif”
Dalam karya ini terdapat taman reakreasi, tasik, penanaman pokok yang banyak yang memenuhi sasaran menyediakan ruang awam atau ruang hijau yang selamat dan inklusif.
Ini memberi kemudahan kepada rakyat untuk menjalankan aktiviti rekreasi di taman permainan dan kolam renang. Sasaran ini juga dapat bangkitkan semangat kesedaran, tanggungjawab, menjaga dan pemuliharaan persekitaran.
Nama karya seni: Oil
Pastel Art
Nama pelukis: Yoon
Soh
Sumber: https://www.pinterest.com/pin/1970393578068905/
Tema: Warisan budaya
dan kemajuan Malaysia
Penerapan matlamat ke-11:
A) Sasaran “Melindungi
warisan budaya dan semula jadi dunia”
Karya ini telah melukis tentang alat muzik tradisional, pakaian tradisional, tarian tradisional dan permainan tradisional seperti tarian singa dan wau. Kesemua ini merupakan lambang kepada sesuatu kaum, bangsa dan agama. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, kita haruslah saling hormat-menghormati serta peka terhadap amalan dan adat resam pelbagai kaum.
Budaya dan adat resam merupakan warisan dan khazanah yang perlu dihargai, dijaga, dikekalkan, dan dimajukan. Kita haruslah mendidik masyarakat untuk melindungi dan memulihara warisan supaya warisan tidak pupus. Selain itu, bunga kebangsaan dan Jalur Gemilang juga merupakan lambang negara. Gaya tangan yang menunjukkan “1 Malaysia” mengingatkan kita supaya hidup bersatu padu dan harmoni. Ini amat penting untuk mewujudkan masyarakat yang aman damai.
B) Sasaran “Sistem
pengangkutan yang berpatutan dan mampan”
Karya ini telah
melukis sistem pengangkutan yang maju seperti LRT, MRT dan lapangan terbang.
Ini telah memberi kemudahan kepada orang ramai dan menunjukkan kemajuan
teknologi dalam sistem pengangkutan.
C) Sasaran
“Perancangan pembangunan nasional dan wilayah yang kuat”
Karya ini telah
melukis Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka yang
merupakan mercu tanda Malaysia. Ini menunjukkan perbandaran dan kemajuan dari
segi teknologi, struktur pembangunan dan seni bina. Kemajuan dan pembangunan
yang pesat menunjukkan Malaysia sebuah negara yang maju.
Nama karya seni: We
rise higher when we work together
Nama pelukis: Loka
Made (Abdul Rahman & Siti Nurzehan83)
Sumber: https://www.pinterest.com/pin/533043305909948179/
Tema: Kehidupan di
kota raya
Penerapan matlamat ke-11:
A) Perumahan
yang selamat dan berpatutan
Kerajaan telah
menyediakan perumahan mampu milik dan selamat seperti rumah kedai tradisional
dan condominium yang dilukis dalam karya ini. Perumahan dalam karya ini telah
menunjukkan persekitaran yang harmoni , baik dan selesa.
B) Sistem
pengangkutan yang berpatutan dan mampan
Kerajaan telah bertungkus
lumus untuk membangunkan sistem pengangkutan seperti LRT, MRT, bas, jalan raya,
kereta dan lain-lain. Ini telah memberi kemudahan kepada orang ramai. Tambahan
pula, karya ini telah melukis tentang bas pelancongan yang bernama “Kl Hop On Hop
Off”, ini menunjukkan Kuala Lumpur mempunyai banyak pelancong dan bidang pelancongan
telah menyumbang kepada ekonomi.
C) Pembandaran
yang inklusif dan mampan
Karya ini telah
menunjukkan mercu tanda Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas, Menara
Maybank, Times Square, Menara Kuala Lumpur, Pavillion, Starhill, Masjid Negara
dan lain-lain. Selain itu, karya ini telah melukis tentang Menara Merdeka 118
setinggi 678.9m yang merupakan mercu tanda baharu Malaysia. Bangunan tinggi,
kemajuan kotaraya, pusat membeli belah telah menunjukkan kemajuan Kuala Lumpur.
Tambahan pula, karya ini juga melukis tentang teknologi yang canggih seperti drone
yang mengibarkan Jalur Gemilang, MRT dan LRT.
D) Melindungi
warisan budaya dan semula jadi dunia
Kehidupan di kawasan
pekan dalam karya ini telah menunujukkan budaya dan adat resam dalam aktiviti
kehidupan masyarakat. Struktur pembangunan tradisional dan seni bina yang unik
seperti papan tanda nama kedai yang pelbagai bahasa dan bereka bentuk tradisional.
Tambahan pula, karya ini juga melukis tentang kedai mamak, motosikal menjual
roti, makanan tradisional iaitu rojak mee dan cendol. Makanan tradisonal ini diterima
dan disukai oleh pelbagai kaum. Selain itu, gerai menjual gelung bunga
bersembahyang bagi penganut Hindu dan pemakaian pakaian tradisional dalam karya
ini juga merupakan budaya tempatan yang harus dilindungi dan dikekalkan.
E) Perancangan
pembangunan nasional dan wilayah yang kuat
Karya ini telah
memenuhi sasaran SDG-11 iaitu pembangunan dari segi ekonomi, sosial dan alam
sekitar. Karya ini melukis tentang pelbagai pekerjaan rakyat Malaysia seperti pekerja
Grabfood, pekerja Foodpanda, penjaja, peniaga dan lain-lain. Pembangunan yang
pesat dalam ekonomi telah memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
Karya ini juga melukis tentang pelajar yang memakai unform sekolah menunjukkan Malaysia ialah sebuah negara yang mengutamakan Pendidikan. Dengan pendidikan, maka wujudlah masyarakat makmur dan berdaya maju. Kehidupan pelbagai kaum dalam masyarakat telah menunjukkan cara kehidupan ke arah satu peralihan sosio-ekonomi masyarakat yang aman damai. Rakyat hidup gembira dan bersatu padu walaupun berlainan bangsa, agama dan kaum.
Karya Seni Pelukis Luar Negara
Nama karya seni: Escape
from the Everyday with Park West's New Summer Sale
Nama pelukis: Deborah
Mbayabu
Sumber: https://www.pinterest.com/pin/68468856826968147/?mt=login
Tema: Keindahan dan
kemakmuran kota tepi laut
Penerapan matlamat
ke-11 :
A) Perumahan
yang selamat dan berpatutan
Karya ini telah
menunjukkan penempatan manusia serta perumahan mampu milik dan selamat yang
mencapai sasaran SDG-11.
B) Sistem
pengangkutan yang berpatutan dan mampan
Karya ini melukis
tentang sistem pengangkutan yang matang seperti keretapi, basikal, motosikal, bas,
kapal, perahu layar, kereta, menaiki kuda. Pelbagai jenis pengangkutan telah memberi
kemudahan kepada orang ramai. Selain itu, laluan pejalan kaki, jalan raya dan
landasan keretapi disediakan mencapai sasaran SDG-11.
C) Pembandaran
yang inklusif dan mampan
Karya ini telah
melukis tentang kedai, rumah dan perbandaran. Ini telah menunjukkan kemajuan
dan pembangunan sebuah kota tepi laut yang pesat. Contohnya kemajuan ekonomi seperti
kapal besar dan jeti dalam bidang logistik dan pelbagai aktiviti perniagaan telah
menyumbang kepada ekonomi setempat dan memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.
D) Melindungi
warisan budaya dan semula jadi dunia
Keindahan semula
jadi dalam karya ini boleh menjadikan seseorang peka terhadap persekitaran
,berupaya merasai dan menghayati sesuatu perkara. Keindahan semula jadi merupakan
warisan dan khazanah yang perlu dihargai.Karya ini memenuhi sasaran SDG-11 ke
arah membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab kepada persekitaran.
E) Menyediakan
akses ke ruang hijau dan awam yang selamat dan inklusif
Karya ini melukis tentang kehidupan kota tepi laut dengan persekitaran yang harmoni dan selesa. Ruang hijau dengan penanam pokok dan bunga-bungaan di kawasan bandar telah disediakan. Ini penting untuk penduduk menjalankan aktiviti rekreasi seperti bersiar-siar bersama haiwan peliharaan dan berbasikal. Persekitaran yang sihat sangat penting kerana persekitaran yang sihat melahirkan insan yang bermoral dan berfikiran positif. Kita haruslah berusaha untuk memelihara keindahan semula jadi supaya bebas daripada pencemaran.
Nama karya seni: Naive
Painting
Nama pelukis: Naive
Art Painting
Sumber: https://www.pinterest.com/pin/2674081007708451/?mt=login
Tema: Keindahan dan
kemajuan kota tepi laut
Penerapan matlamat
ke-11:
A) Sistem pengangkutan
yang berpatutan dan mampan
Sistem
pengangkutan seperti jalan raya dan kereta telah disediakan. Ini telah
memenuhi sasaran untuk akses
kepada sistem pengangkutan yang selamat, mampu milik, mudah diakses dan mampan
untuk semua orang.
B) Pembandaran
yang inklusif dan mampan
Karya ini melukis tentang sebuah kota tepi laut yang makmur dan berdaya maju. Ciri-cirinya seperti bangunan tinggi, sistem perbandaran, kemajuan teknologi dan pembangunan dalam pelbagai aspek. Pembandaran yang inklusif dan mampan telah memberi kemudahan dan peluang pekerjaan kepada penduduk, justeru itu menyumbang kepada ekonomi.
C) Perumahan
yang selamat dan berpatutan
Karya ini melukis
tentang condominium dan bangunan tinggi telah menunjukkan penempatan manusia
yang selamat dan kukuh serta perumahan mampu milik.
D) Menyediakan
akses ke ruang hijau dan awam yang selamat dan inklusif
Karya ini melukis
tentang aktiviti rekreasi yang dijalankan oleh penduduk seperti melukis, berenang,
berlayar, berkayak dan bersiar-siar. Ruang hijau yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan
mewujudkan persekitaran yang selesa dan sihat. Alam semula jadi merupakan warisan dan khazanah yang perlu dihargai, dijaga,
dikekalkan, dan dimajukan. Jadi, didikan masyarakat
untuk melindungi dan memulihara alam semula jadi adalah sangat penting.
Nama karya seni: Chicago River
Nama pelukis: Eric Dowdle
Sumber: https://www.pinterest.com/pin/26810560267420052/
Tema: Keindahan dan
kemajuan Chicago River
Penerapan matlamat
ke-11:
A) Pembandaran yang inklusif dan mampan
Karya ini telah
memenuhi sasaran dalam menyediakan
bandar dengan pembangunan dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar. Ini juga merupakan sebuah karya yang berjaya menggambarkan
kehidupan bandar serta suasana di tepi sungai. Pembangunan yang
pesat seperti bangunan tinggi, kemajuan dari segi teknologi dan ekonomi
menyumbangkan kepada pembandaran yang inklusif dan mampan.
B) Menyediakan akses ke ruang hijau dan awam
yang selamat dan inklusif
Karya ini melukis
tentang keindahan flora dan fauna di Chicago River. Ini penting untuk menjadikan seseorang peka terhadap
persekitaran, berupaya merasai dan menghayati sesuatu perkara. Selain itu, dengan mencapai sasaran SDG-11 dapat membangkitkan semangat kesedaran dan tanggungjawab dalam menjaga dan pemuliharaan persekitaran.
C) Perumahan
yang selamat dan berpatutan
Perumahan seperti
condominium dalam karya ini menunjukkan penempatan manusia yang selamat dan selesa.
D) Sistem
pengangkutan yang berpatutan dan mampan
Sistem pengangkutan yang maju seperti jambatan, jalan raya, kereta, bas, van, lori dan kapal
pelancongan telah memberi
kemudahan kepada penduduk.